Eksekutif dihantui klip video bogel disebar bekas teman lelaki
KUALA LUMPUR 6 Julai - Pada 2004, Kiki (bukan nama sebenar) melanjutkan pelajaran dalam jurusan sains di sebuah kolej swasta di Australia.
Setahun kemudian, dia bertemu seorang jejaka warga Hong Kong yang dikenali sebagai CC Chan yang menuntut di fakulti kewangan di kolej yang sama.
Seperti mana pasangan yang dilamun cinta, semua yang dilalui Kiki begitu manis dan indah.
Bagaimanapun takdir menentukan hubungan Kiki dan teman lelakinya renggang sebelum mereka mengambil keputusan berpisah pada September lalu.
Kiki, 25, pulang ke tanah air dan kini memulakan kerjaya sebagai seorang eksekutif sebuah syarikat swasta.
Namun kehidupan gadis itu terganggu minggu lalu apabila dihubungi bekas rakan-rakan kolejnya dan bertanya tentang beberapa rakaman klip video bogelnya yang diperoleh melalui e-mel.
Malah rakaman dilakukan beberapa tahun lalu itu turut dihantar oleh bekas teman lelakinya yang mengaku melakukan perbuatan tersebut kepada ibu bapa mangsa.
Ekoran itu, mangsa kini mengalami tekanan dan hidup dalam ketakutan apatah lagi bekas teman lelakinya juga menghubungi dan menganggu hidupnya.
“Dia tidak dapat menerima hakikat bahawa hubungan kami berakhir dan mahu saya menjelaskan alasan.
“Saya tidak sangka dia terdesak sehingga sanggup mengaibkan maruah saya,” katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.
Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam dan Pengaduan MCA, Datuk Michael Chong berkata, beliau berharap rakan-rakan mangsa yang menerima e-mel itu supaya tidak menyebarkannya.
Beliau turut melahirkan kebimbangan kerana kes ugutan seumpama itu terus berlarutan meskipun beberapa kali didedahkan oleh media.
“Sejak 2006, sebanyak 23 kes dilaporkan kepada jabatan ini dan 20 daripadanya melibatkan wanita.
“Kita berharap semua wanita tanpa mengira pangkat dan umur supaya tidak libatkan diri dengan sebarang rakaman gambar atau video,” katanya.




July 15th, 2009 at 4:59 pm
oke deh
August 3rd, 2009 at 9:43 am
i want it move
July 10th, 2010 at 3:44 pm
hmmm…ini mah……no komen ahhh